Subcribes

Kamis, 25 Februari 2010

Aksi Seks Pelajar Sekolah adalah Gejala Sosial

Aksi Seks Pelajar Sekolah adalah Gejala Sosial

Gejala sosial Pelajar Sekolah ni harus dibanteras oleh semua pihak, paling penting sekali diri Pelajar Sekolah itu sendiri. Pelajar Sekolah harus sedar apa tanggungjawab mereka untuk diri mereka, keluarga, negara dan agama. Dalam usia beginilah masa untuk memperbaiki diri dan membentuk peribadi unggul sepertimana zanman Rasulullah saw.
Pelajar Sekolah sekarang terutama pelajar universiti, mereka bebas menjalankan kegiatan mereka kerana jauh dari kengkangan ibu bapa dan paling menyedihkan, pabila ada anak gadis sekarang sanggup menyerahkan tubuh mereka kononnya sebagai bukti cinta, padahal mereka telah tertipu oleh godaan dan kata-kata manis lelaki kaki seks.

Bagi melahirkan golongan Pelajar Sekolah yang bermaklumat,berketerampilan dari segi ketahanan diri dan mental bagi menghadapi tekanan persekitaran serta prihatin dan bertanggung jawab dalam menghadapi masalah sosial yang melanda serta berusaha menanam sikap-sikap positif di kalangan remaja yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Aksi Seks Pelajar Sekolah adalah sebahagian daripada kes Gejala Sosial

Pertama kita perlu letakkan segala kesalahan ini kepada suasana dalam keluarga tersebut dengan menumpukan kepada persoalan berikut:

1. Peranan bapa sebagai ketua keluarga dalam mendidik, mendisiplinkan dan membentuk keperibadian anak-anak dan isteri. Bertanggungjawab menyediakan keperluan rumah dari sumber halal.

2. Peranan ibu dalam menyediakan makanan, pakaian dan sebagai moderator antara bapa dan anak. Ibu yang bekerja tidak lepaskan peranan ini kepada amah (kebanyakkannya gred 3)

3. Peranan anak-anak dalam mengamalkan apa saja yang di perintah ibubapanya selagi berpaksi kepada amalan Islam.

Kedua, kita perlu juga meletakkan kesalahan kepada masyarakat dengan menumpukan kepada persoalan berikut:

1. Tanggung jawab kejiranan dilaksanakan dalam memantau sikap anak-anak sendiri serta kesannya kepada anak jiran dan sebaliknya.

2. Tanggungjawab pendidikan moral di sekolah adalah terbeban ke atas guru yang di bayar gaji dari wang cukai ibubapa pelajar.

Ketiga, kesalahan pemerintah dengan tumpuan persoalan kepada:

1. Tekanan ekonomi menyebabkan ibu perlu keluar bekerja, bapa kerja lebih masa atau dua pekerjaan hingga tiada masa untuk menjalankan peranan sebenar.

2. Pengawasan longgar pihak berkuasa atas gejala tidak sihat dalam suasana sebenar di kompleks-kompleks beli belah, taman-taman, panggung wayang dan sebagainya.

3. Menekankan pendidikan moral dan Islam. Pendidikan Islam tidak berkesan atau kurang di sekolah kebangsaan. Kebanyakan pesalah aksi seks ini orang Melayu (di sekolah kerajaan sekular) namun belum tentu Islamnya.

Berdasarkan tingkat meletakkan kesalahan ini, kita boleh mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani gejala tidak bermoral ini yang semakin berleluasa.
Baca Artikel Lainya Di bawah ini :


Widget by dunia malam
Bookmark and Share

Comments :

0 komentar to “Aksi Seks Pelajar Sekolah adalah Gejala Sosial”

Posting Komentar

Followers

 

Copyright © 2009 by DUNIA MALAM NEWS

Template by News | dunia malam