Subcribes

Rabu, 03 Februari 2010

Nuffnang Ads Baik Buruk Pengaruh Internet

Pada artikel yang lepas iaitu Bahagian 1 dan Bahagian 2 lebih tertumpu ke arah kebaikan dari internet. Pada artikel kali ini fokus adalah mengenai keburukan internet. Banyak cuma yang dapat dikumpulkan adalah seperti di bawah.
Penipuan internet
Penipuan internet adalah sama sahaja seperti berlaku di dunia nyata, cuma cara penyebarannya adalah melalui internet. Tujuan penipuan adalah untuk mengaut keuntungan daripada mangsa. Habuan yang diterima kebanyakannya adalah wang dan identiti mangsa. Pengguna internet sebenarnya tidak menyedari diri ditipu sehinggalah dalam beberapa waktu tertentu, contohnya sebulan setelah menyertai sesuatu skim yang melibatkan wang. Rugi beribu dan beratus-ratus ringgit.
Penipuan daripada e-mail seperti mengkehendaki pengguna memasukkan sejumlah wang juga berlaku. Sesetengah link dari e-mail jika di klik akan membawa kepada laman web yang sebenar, padahal ianya satu penipuan. Website sebegini digunakan untuk mencuri identiti mangsa seperti username dan kata laluan (password). Tujuan utama adalah wang.
Kerosakan moral
Banyak maklumat yang tidak sepatutnya dibaca, ditonton dan diikuti bercambah di internet. Laman-laman web lucah boleh diakses secara percuma tidak kira lapisan umur.  Minda kita lebih terarah kepada benda yang menyeronokkan tetapi tanpa batasan boleh mengundang padah.
Apabila mendengar sesuatu berita yang meragukan dan sensari, jangan terus terpedaya dengan berita tersebut. Baca berita yang sama dari sumber berlainan untuk mengelakkan kita menfitnah orang yang tidak berdosa. Bandingkan menggunakan akal. Kerosakan moral berlaku jika pengikut yang membaca dan menghayati bahan bacaan internet terlalu fanatik/taksub dengan apa yang dipelajarinya.
Membuang masa
Ruangan chat sebenarnya adalah untuk menghilangkan rasa bosan dan mencari kenalan. Namun, penggunaan yang terlalu kerap dan lama boleh menyebabkan masa yang berfaedah dibuang begitu sahaja.  Berbual kosong dan tidak mendatangkan sebarang hasil dan keuntungan lebih merosakkan daripada membina.
Jadi, salah siapa? Sama-sama kita fikirkan
Baca Artikel Lainya Di bawah ini :


Widget by dunia malam
Bookmark and Share

Comments :

0 komentar to “Nuffnang Ads Baik Buruk Pengaruh Internet”

Posting Komentar

Followers

 

Copyright © 2009 by DUNIA MALAM NEWS

Template by News | dunia malam